Arkib Berita
2021-01-07
Berdasarkan kadar jangkitan semasa, peningkatan kes diunjurkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, kata ketua pengarah kesihatan.
2021-01-07
Pengasas kedua-dua parti politik baharu itu melahirkan rasa kesal dengan keputusan tersebut, yang ditunggu selama empat bulan.
2021-01-06
Mereka dipercayai antara 40 warga asing yang menaiki bot dari Indonesia dan mendarat di pantai Kampung Sungai Serdang, di Kapar pada Rabu.
2021-01-05
Pahang dan Johor negeri paling teruk dilanda banjir dengan dua kematian dan lebih 18,000 mangsa banjir, menurut Menteri Pertahanan.
2021-01-05
Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan menggantikan Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional dan Muafakat Nasional.
2021-01-04
Bagaimanapun di bawah perjanjian dua hala, kedua-dua pihak tidak boleh mendedahkan jumlah pampasan yang akan dibayar kepada Singapura.
2020-12-31
Washington sepatutnya memberi peluang kepada syarikat untuk membuktikan dakwaan berhubung buruh paksa, kata Menteri berkenaan.
2020-12-30
Siasatan ke atas Sime Darby Plantation mendapati adanya 11 petunjuk penggunaan buruh paksa, kata Jabatan Kastam Amerika Syarikat.
2020-12-30
Perubahan pentadbiran Putrajaya, pandemik COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan, bekas perdana menteri dijatuhi hukuman penjara atas pertuduhan rasuah dan masalah pekerja asing mewarnai Malaysia sepanjang tahun.
2020-12-30
Pasangan pemilik syarikat pengimport daging sejuk beku di Johor itu didakwa atas pertuduhan menggunakan logo halal tanpa perakuan sah.
2020-12-29
Tidak ada kerosakan yang berlaku, tetapi cubaan serangan siber itu berterusan, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
2020-12-29
Sebanyak 13 laporan polis diterima dan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk pemilik permit import sedang dijalankan, kata Polis.
2020-12-28
Jangkitan penularan kes koronavirus telah mencecah lebih 100,000 dengan beberapa daerah berada dibawah Zon Merah.
2020-12-28
Brightway Holding dan dua anak syarikatnya berdepan dengan pertuduhan gagal menyediakan kemudahan penginapan mengikut standard minimum ditetapkan kepada pekerja asingnya.
2020-12-23
Seorang pekerja warga Nepal yang mengambil gambar pekerja berasak memasuki permis tanpa ada penjarakan sosial telah diberhentikan oleh pengurusan kilang berkenaan.